Page 15 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 15
3.3.5 Pihak Kolej berhak menolak permohonan seseorang pelajar untuk mendaftar bagi sesuatu
kursus sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan pada semester tersebut.
3.3.6 Pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus dibenarkan untuk menambah/gugur mana-mana
kursus dalam tempoh dua (2) minggu pertama setelah kuliah bermula.
3.3.7 Bilangan kursus yang boleh didaftar untuk satu semester:
3.3.7.1 Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya dua belas (12)
kredit pada satu semester biasa KECUALI pelajar yang menjalani Latihan Industri.
3.3.7.2 Pelajar sepenuh masa program profesional perlu mendaftar sekurang-kurangnya dua
(2) kursus pada satu semester kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan
pengajian.
3.3.8 Pelajar sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar melebihi dari dua puluh (20) kredit bagi
program KPTM atau tidak melebihi empat (4) kursus bagi pelajar program profesional pada
satu-satu semester biasa pengajian.
3.3.9 Pelajar sepenuh masa yang berada di tahun akhir (2 semester terakhir) pengajian dibenarkan
mendaftar sehingga dua puluh tiga (23) kredit dengan kelulusan Pengarah/TPA.
3.3.10 Pelajar yang memperoleh status 'Amaran' pada satu-satu Peperiksaan Akhir semester pengajian
hanya dibenarkan mendaftar dua belas (12) kredit pada semester berikutnya.
3.3.11 Pelajar seperti dinyatakan di perkara 3.3.10 boleh memohon mendaftar lebih dari dua belas (12)
kredit sehingga enam belas (16) kredit dengan mendapat kelulusan JKA.
3.3.12 Bagi kursus yang mempunyai prasyarat, pelajar perlu lulus kursus prasyarat tersebut sebelum
mengambil kursus berkenaan.
3.3.13 Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian dan mencetak
Salinan Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh selewat-lewatnya pada minggu ke-5
kuliah. Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dianggap sah
dan muktamad.
15