Page 20 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 20
4.0 STRUKTUR PROGRAM
4.1 Nilai Kredit
4.1.1 Setiap kursus yang ditawarkan mempunyai nilai kredit kecuali kursus yang ditetapkan oleh Senat
sebaliknya.
4.1.2 Kredit ialah pengukur mata nilai yang menunjukkan tahap kepentingan dan bentuk kursus
berdasarkan:
4.1.2.1 Pembelajaran Bersemuka seperti pertemuan kuliah, amali / praktikal, projek, kerja
lapangan dan penilaian berterusan.
4.1.2.2 Pembelajaran Tidak Bersemuka adalah kaedah pembelajaran selain daripada 4.1.2.1.
4.1.3 Nilai bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan empat puluh (40) Jam Pembelajaran
Pelajar (SLT) dalam satu (1) semester pengajian seperti jadual di bawah:
Jumlah jam pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran satu semester Kredit
Kuliah, tutorial, seminar, amali, studio,
praktikal, pembelajaran kendiri, kajian,kerja 40 1
lapangan serta persediaan untuk penilaian dan
peperiksaan
4.2 Jumlah Kredit Mengikut Program
4.2.1 Jumlah kredit untuk bergraduat mengikuti program adalah seperti termaktub dalam kurikulum
(rujuk Buku Panduan Program).
4.2.2 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah menebus (mengambil semula) dengan cara
mengulang kursus tersebut sehingga lulus seperti ketetapan perkara 5.5.1.
20