Page 11 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 11

POSTHUMOUS       Satu perakuan kepada pelajar yang telah meninggal dunia tetapi belum sempat
                                  melengkapkan semua keperluan untuk bergraduat dan dibenarkan oleh Senat.
                 PRASYARAT        Satu tahap kelulusan dan syarat-syarat lain jika ada yang perlu dipenuhi oleh
                                  seseorang pelajar untuk membolehkannya mengambil kursus di peringkat
                                  seterusnya.
                 PROGRAM          Aktiviti pembelajaran yang melibatkan pemindahan kredit dan diambilkira dalam
                 MOBILITI         pengiraan GPA dan CGPA.


                 PROGRAM          Program pengajian yang difrancais atau dikawalselia oleh Universiti Awam (UA)
                 USAHASAMA        atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara usahasama atau kerjasama.

                 PURATA NILAI     Nilai pencapaian purata seseorang pelajar untuk semua kursus yang diambil pada
                 GRED (GPA)       sesuatu semester.
                 SENAT            Satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah KPTM untuk
                                  membuat keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik.

                 SEMESTER         Sesi pengajian sesuatu program pengajian yang ditetapkan oleh Kolej mengikut
                                  garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sesi pengajian bagi sesuatu
                                  program boleh dibahagikan kepada dua (2) atau tiga (3) dalam setiap satu tahun
                                  akademik.

                 SEMESTER         Semester hadapan yang mengikuti secara berturutan semester seseorang
                 BERIKUT          pelajar itu berada sebelumnya.

                 SEMESTER         Satu sesi pengajian yang mengandungi tidak kurang dari empat belas (14)
                 BIASA            minggu kuliah.
                 TEMPOH           Tempoh minima yang disyaratkan kepada seseorang pelajar untuk mengikuti
                 PEMASTAUTIN      program pengajian di KPTM untuk memperolehi penganugerahan kelayakan.













                                                      11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16