Page 7 - BPA_KPTM_2022_new
P. 7

DEKAN                                                                 PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

                       Staf akademik yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif
                       untuk mengetuai sesebuah Fakulti.

FAKULTI                Sesuatu entiti akademik yang ditubuhkan oleh Kolej.

GAGAL MELAPOR DIRI     Status yang diberikan kepada pelajar baharu yang gagal
(FAILED TO REGISTER –  membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh dua (2)
FTR)                   minggu semester pengajian bermula.

GRADUAT                Pengesahan Senat ke atas pelajar yang telah layak
                       menerima Sijil/ Diploma/ Ijazah.

GRED                   Sesuatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan tahap
                       prestasi pelajar dalam sesuatu kursus.

GUGUR TARAF (TMT)      Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal membuat
                       pengesahan pendaftaran atau mendaftar kursus atau
                       membayar yuran pengajian atau menghadiri Kuliah/
                       Latihan Industri/ Praktikum/ Latihan Klinikal dalam
                       tempoh yang ditetapkan pada setiap semester. Status
                       sebagai pelajar KPTM adalah digugurkan.

GUGUR NAMA (WFC)       Pelajar yang statusnya digugurkan dengan kelulusan
                       Jawatankuasa Akademik (JKA).

HIMPUNAN PURATA NILAI  Purata nilai gred pencapaian yang diperoleh oleh
GRED (CGPA)            seseorang pelajar dalam semua penilaian yang telah
                       diambilnya.

INSTITUSI PENDIDIKAN   Sebuah institusi awam dan swasta dalam dan luar negara
TINGGI (IPT)           yang menjalankan program pendidikan di peringkat tinggi.

KREDIT                 Ukuran kuantitatif  yang melambangkan beban
                       pembelajaran untuk  mencapai hasil pembelajaran
                       tertentu.

JAM BELAJAR PELAJAR    Jumlah jam yang mengandungi kuliah, amali, tutorial dan
(SLT)                  pembelajaran kendiri.

JAWATANKUASA AKADEMIK Jawatankuasa yang menjalankan tanggungjawab Senat di

(JKA)                  peringkat kolej.

JAWATANKUASA           Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi membicarakan kes-
TATATERTIB AKADEMIK    kes tatatertib akademik pelajar.
PELAJAR (JKTAP)

JAWATANKUASA RAYUAN    Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mendengar rayuan
TATATERTIB AKADEMIK    berkaitan kes-kes tatatertib akademik pelajar.
PELAJAR (JKRTAP)

JAWATANKUASA           Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi membicarakan kes-
TATATERTIB PELAJAR     kes disiplin pelajar.
KOLEJ (JKTP)

                                                                                                    |6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12