Page 15 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 15

3.0 PENDAFTARAN


               3.1  Pelajar Baharu

                   3.1.1   Setiap pemohon yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti mana mana program pengajian
                         hendaklah melapor diri tidak lewat dari dua (2) minggu dari tarikh lapor diri asal yang ditetapkan.

                   3.1.2   Mana-mana pemohon yang gagal melapor diri tanpa kelulusan Pengarah / Timbalan Pengarah
                         Akademik (TPA) dalam tempoh tersebut di perkara 3.1.1 di atas akan mengakibatkan tawaran
                         berkenaan terbatal dengan sendirinya.

               3.2  Pelajar Sedia Ada

                   3.2.1   Pelajar sedia ada yang layak meneruskan pengajian hendaklah mendaftar semula tidak lewat
                         dari dua (2) minggu dari tarikh pendaftaran semula yang telah ditetapkan.

                   3.2.2   Pelajar sedia ada yang gagal melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa kelulusan
                         Pengarah/TPA, denda pendaftaran lewat akan dikenakan sebanyak RM50.00 pada hari pertama
                         dan RM30.00 pada hari bekerja berikutnya dengan jumlah maksimum RM300.00.

                   3.2.3   Pelajar  sedia  ada  yang  gagal  melapor  diri  lebih  dua  (2)  minggu  dari  tarikh  lapor  diri  asal  tanpa
                         kelulusan Pengarah/TPA, statusnya sebagai pelajar akan gugur dengan sendirinya dan diberi status
                         Gugur Taraf (TMT).

                   3.2.4   Pelajar sedia ada yang masih mempunyai hutang tertunggak dengan Kolej tidak dibenarkan
                         untuk mendaftar selagi hutang tersebut tidak dijelaskan kecuali dengan kelulusan Pengarah.

               3.3  Pendaftaran Kursus

                   3.3.1   Pelajar  yang  akan  meneruskan  pengajian  pada  semester  berikutnya  WAJIB  membuat  Pra-
                         Pendaftaran Kursus (CPR) seperti dalam struktur program yang telah ditetapkan secara atas
                         talian (online).

                   3.3.2   Pelajar yang gagal membuat CPR seperti yang diarahkan boleh dikenakan denda RM30.00.

                   3.3.3   Pelajar  perlu  mengemaskini  CPR  berdasarkan  keputusan  peperiksaan  yang  diumumkan
                         selewat-lewatnya seminggu sebelum kuliah semester baharu bermula.

                   3.3.4   Pendaftaran kursus hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan dalam tempoh yang ditetapkan.
                         Pelajar yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang ditetapkan
                         seperti perkara 3.3.2.


                                                      14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20