Page 16 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 16

3.3.5   Pihak  Kolej  berhak  menolak  permohonan  seseorang  pelajar  untuk  mendaftar  bagi  sesuatu
                           kursus sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan pada semester tersebut.

                    3.3.6   Pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus dibenarkan untuk menambah/gugur mana-mana kursus
                           dalam tempoh dua (2) minggu pertama setelah kuliah  bermula.

                    3.3.7   Bilangan kursus yang boleh didaftar untuk satu semester:

                           3.3.7.1  Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya dua belas (12)
                                 kredit pada satu semester biasa KECUALI pelajar yang menjalani Latihan Industri.

                           3.3.7.2  Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya enam (6) kredit
                                 pada satu semester pendek.

                           3.3.7.3  Pelajar  sepenuh  masa  program  profesional  perlu  mendaftar  sekurang-kurangnya  dua
                                 (2) kursus pada satu semester kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan
                                 pengajian.

                    3.3.8   Pelajar sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar melebihi dari dua puluh (20) kredit bagi program
                           KPTM  atau  tidak  melebihi  empat  (4)  kursus  bagi  pelajar  program  profesional  pada  satu-satu
                           semester biasa pengajian.

                    3.3.9   Pelajar sepenuh masa yang berada di tahun akhir (2 semester terakhir) pengajian dibenarkan
                           mendaftar sehingga dua puluh tiga (23) kredit dengan kelulusan Pengarah/TPA.

                    3.3.10  Pelajar yang memperoleh status 'Amaran' pada satu-satu Peperiksaan Akhir semester pengajian
                           hanya dibenarkan mendaftar pada semester berikutnya:
                           Dua belas (12) kredit pada semester biasa dan enam (6) kredit pada semester pendek.

                    3.3.11  Pelajar seperti dinyatakan di perkara 3.3.10 boleh memohon mendaftar lebih dari dua belas (12)
                           kredit sehingga enam belas (16) kredit dengan mendapat kelulusan JKA.

                    3.3.12  Bagi  kursus  yang  mempunyai  prasyarat,  pelajar  perlu  lulus  kursus  prasyarat  tersebut  sebelum
                           mengambil kursus berkenaan.

                    3.3.13  Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian dan mencetak
                           Salinan Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh selewat-lewatnya pada minggu ke-5
                           kuliah. Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dianggap sah
                           dan muktamad.





                                                      15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21