Page 19 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 19

3.8.4   Pindah Kredit Horizontal

                           3.8.4.1   Pelajar yang masih dalam sistem (belum bergraduat) yang belum  memiliki  kelayakan
                                   dan ingin melanjutkan pengajian pada peringkat yang sama:

                                   3.8.4.1.1   Pindah Kredit dengan Gred dibenarkan.

                                   3.8.4.1.2   Currency of knowledge mestilah lima (5) tahun dari mula program
                                             pengajian di PPT asal.

                                   3.8.4.1.3   Pelajar tidak gagal dalam program yang diikuti di PPT asal.

                           3.8.4.2   Pelajar yang telah bergraduat dan memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan
                                   pengajian untuk kali kedua pada peringkat yang sama:

                                   3.8.4.2.1   Pindah Kredit Tanpa Gred dibenarkan

                                   3.8.4.2.2   Tiada had pindah kredit jika pelajar berada di Institusi Pengajian
                                             Tinggi (IPT) yang sama.

                                   3.8.4.2.3   Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian untuk kali kedua di IPT yang
                                             berbeza,  tempoh  permastautin  (residential  year)  pelajar  adalah
                                             seperti berikut:

                                             Ijazah Sarjana Muda – 1 tahun
                                             Diploma dan Sijil   – 1 semester

                           3.8.4.3   Pelajar  sedang  mengikuti  suatu  program  dan  dalam  masa  yang  sama  mengambil
                                   beberapa  mata  pelajaran  di  IPT  yang  lain  (contoh  program  mobiliti  atau  program
                                   pertukaran pelajar), pindah kredit bagi situasi ini adalah mengikut dasar pindah kredit
                                   dengan gred.

                    3.8.5   Kelayakan Melalui APEL

                           3.8.5.1   APEL - Pindah Kredit tidak dibenarkan.

                           3.8.5.2   APEL (C) - Pindah Kredit dibenarkan.

                    3.8.6   Permohonan pemindahan kredit hendaklah dibuat dalam masa 2 minggu semester pertama
                           pengajian bermula.

                    3.8.7   Setiap permohonan pindah kredit dikenakan caj pindah kredit sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan)
                           bagi setiap kursus.

                    3.8.8   Maklumat lanjut berkaitan proses pindah kredit perlu merujuk kepada Garis Panduan Pindah
                           Kredit Kursus ke Program KPTM.

                                                      18
                                                      18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24