Page 10 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 10

LATIHAN          Aktiviti pembelajaran luar kuliah yang ditetapkan oleh Kolej untuk memenuhi
                   INDUSTRI /       salah  satu  syarat  penganugerahan  Diploma  atau  Ijazah  Sarjana  Muda  bagi
                   PRAKTIKUM        memberi pendedahan kepada pelajar dalam suasana sebenar alam pekerjaan.

                   MATA             Mata nilaian yang diperlukan oleh pelajar untuk meningkatkan Himpunan Purata
                   KEKURANGAN       Nilai Gred kepada dua perpuluhan sifar.

                   NILAI GRED       Sesuatu  nilai  dalam  bentuk  angka  bagi  menunjukkan  pencapaian  pelajar  dalam
                                    sesuatu kursus.

                   NILAI KREDIT     Angka hasil dari pendaraban Nilai Gred dengan Kredit.
                   PENGARAH         Merujuk kepada Ketua Eksekutif Kampus Cawangan.

                   PROGRAM          Mana-mana program akademik yang dijalankan oleh KPTM.
                   PENGAJIAN

                   PENANGGUHAN      Cuti satu semester yang dimohon oleh pelajar yang belum mendaftar semula
                   PENGAJIAN        atau pelajar yang telah mendaftar untuk menangguhkan pengajian pada sesi
                                    pengajian semasa di atas sebab-sebab tertentu.

                   PENYATA          Cetakan keputusan semester pelajar yang bersifat sebagai transkrip sementara
                   KEPUTUSAN        atau tidak rasmi.
                   SEMESTER

                   PEPERIKSAAN      Peperiksaan Akhir semester atau sebarang bentuk  penilaian yang dijalankan
                                    secara berterusan.

                   PELAJAR          Individu yang telah mendaftar dengan Kolej untuk mengikuti program pengajian
                                    yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus.

                   PELAJAR SEPENUH   Seseorang  yang  telah  mendaftar  dengan  Kolej  untuk  menerima  pelajaran,
                   MASA             pengajaran atau latihan dari mana-mana KPTM dengan

                                    a)  Sekurang-kurangnya  dua belas (12) kredit dan tidak melebihi dua puluh (20)
                                    kredit  pada  setiap  semester  biasa  KECUALI  pelajar  yang  menjalani  Latihan
                                    Industri; atau

                                    b)  Sekurang-kurangnya enam (6) kredit dan tidak melebihi sepuluh (10) kredit
                                    pada  setiap  semester  pendek,  kecuali  mendapat  kebenaran  dari  Dekan
                                    Fakulti/Timbalan Pengarah Akademik/Pengarah



                                                      09
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15