Page 12 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 12

POSTHUMOUS       Satu  perakuan  kepada  pelajar yang telah  meninggal  dunia tetapi belum sempat
                                  melengkapkan semua keperluan untuk bergraduat dan dibenarkan oleh Senat.

                 PRASYARAT        Satu  tahap  kelulusan  dan  syarat-syarat  lain  jika  ada  yang  perlu  dipenuhi  oleh
                                  seseorang  pelajar  untuk  membolehkannya  mengambil  kursus  di  peringkat
                                  seterusnya.

                 PROGRAM          Aktiviti pembelajaran yang melibatkan pemindahan kredit dan diambilkira dalam
                 MOBILITI         pengiraan GPA dan CGPA.

                 PROGRAM          Program pengajian yang difrancais atau dikawalselia oleh Universiti Awam (UA)
                 USAHASAMA        atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara usahasama atau kerjasama.

                 PURATA NILAI     Nilai pencapaian purata seseorang pelajar untuk semua kursus yang diambil pada
                 GRED (GPA)       sesuatu semester.

                 SENAT            Satu  jawatankuasa  yang  ditubuhkan  oleh  Lembaga  Pengarah  KPTM  untuk
                                  membuat keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik.

                 SEMESTER         Sesi pengajian sesuatu program pengajian yang ditetapkan oleh Kolej mengikut
                                  garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sesi pengajian bagi sesuatu
                                  program boleh dibahagikan kepada dua (2) atau tiga (3) dalam setiap satu tahun
                                  akademik.

                 SEMESTER         Semester  hadapan  yang  mengikuti  secara  berturutan  semester  seseorang
                 BERIKUT          pelajar itu berada sebelumnya.

                 SEMESTER         Satu  sesi  pengajian  yang  mengandungi  tidak  kurang  dari  empat  belas  (14)
                 BIASA            minggu kuliah.

                 SEMESTER         Satu  sesi  pengajian  yang  mengandungi  tidak  kurang  dari  tujuh  (7)  minggu
                 PENDEK           kuliah.

                 TEMPOH           Tempoh minima yang disyaratkan kepada seseorang pelajar untuk mengikuti
                 PEMASTAUTIN      program pengajian di KPTM untuk memperolehi penganugerahan kelayakan.






                                                      11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17