Page 11 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 11

PENASIHAT        Seorang kakitangan akademik dan bukan akademik yang dilantik sebagai Penasihat
                  AKADEMIK /       Akademik / Mentor kepada seseorang pelajar.
                  MENTOR

                  PENGGANTUNGAN    Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Akademik KPTM yang mengakibatkan
                  PENGAJIAN        pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

                  PENGECUALIAN     Pengecualian Kursus ialah  proses  mengecualikan seseorang  pelajar daripada
                  KURSUS           mengambil  kursus  dalam  program  yang  diikuti  atas  sebab-sebab  tertentu.
                                   Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
                                   dikecualikan.  Oleh  itu,  pelajar  perlu  menggantikan  kursus  yang  dikecualikan
                                   dengan  kursus  lain  bagi  mencukupkan  keperluan  kredit  bergraduat  dengan
                                   syarat program sebelumnya telah disempurnakan dan berstatus tamat.

                  PINDAH KREDIT    Proses membawa kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu
                                   program ke program lain yang membolehkan penganugerahan kelayakan yang
                                   ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Kredit kursus
                                   yang  dipindahkan  dikira  sebagai  sebahagian  dari  kredit  bergraduat  program
                                   tersebut.

                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit daripada program di tahap kelayakan yang sama.
                  HORIZONTAL

                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi.
                  VERTIKAL

                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada dalam sistem (pelajar yang
                  DENGAN GRED      masih  dalam  pengajian).  Kredit  dikira  dalam  kredit  bergraduat  pelajar  dan  gred
                                   kursus diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (GPA) dan Purata Nilai Gred
                                   Kumulatif (CGPA).
                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit secara vertikal atau horizontal bagi pelajar yang telah keluar daripada
                  TANPA GRED       sistem (pelajar yang telah tamat pengajian) atau telah mencapai tahap kompetensi
                                   dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan diambil kira dalam kredit
                                   bergraduat tetapi gred kursus tidak diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
                                   pelajar.
                  PLAGIARISMA      Peniruan  hasil  kerja  dan/atau  pendapat  orang  lain  samada  menerusi  bahan
                                   bercetak atau elektronik tanpa pengiktirafan atau pengakuan sumbernya.





                                                      10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16