Page 18 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 18

3.8  Pindah Kredit

                     3.8.1   Pelajar  yang  bertukar  program  pengajian  daripada  Institusi  pendidikan  lain,  pelajar  yang
                            melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KPTM dan pelajar yang mengikuti program
                            mobiliti boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat MQA dan syarat
                            yang ditetapkan oleh KPTM.

                     3.8.2   Syarat Umum Pindah Kredit:

                            3.8.2.1   Gred lulus – gred minimum iaitu Gred  C;

                            3.8.2.2   Nilai kredit – sama dengan nilai kredit kursus bagi program di IPT  penerima;

                            3.8.2.3   Kesetaraan kurikulum kursus – tidak kurang 80%;

                            3.8.2.4   Kursus  yang  boleh  dipindahkan  kredit  hendaklah  daripada  program  yang  telah
                                   mendapat Akreditasi/Pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara berkenaan;

                            3.8.2.5   Gabungan dua atau lebih kursus daripada institusi  asal  boleh  dipohon  untuk dipindah
                                   kredit ke satu kursus di KPTM;

                            3.8.2.6   Setiap kursus hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk dipindah kredit ke  satu-
                                   satu kursus yang dipohon; dan

                            3.8.2.7   Permohonan  pindah  kredit  hanya  dibenarkan  sekali  sahaja  sepanjang  tempoh
                                   pengajian.

                     3.8.3   Pindah Kredit Vertikal

                            3.8.3.1   Sijil (Tahap 3, MQF) ke Diploma (Tahap 4, MQF) Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan
                                   dengan pindahan maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit program  yang akan
                                   diikuti.

                            3.8.3.2   Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) Pindah Kredit tanpa
                                   Gred  dibenarkan dengan  pindahan maksimum sebanyak 30%  daripada jumlah kredit
                                   program yang akan diikuti.

                            3.8.3.3   Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) yang turut memiliki Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah
                                   Sarjana  Muda  (Tahap  6,  MQF)  Pindah  Kredit  tanpa  Gred  dibenarkan  dan  boleh
                                   dipertimbangkan  pindah  kredit  sehingga  maksimum  dua  tahun  pengajian  program
                                   peringkat ijazah sarjana muda (pelajar akan mengikuti tahun tiga program ijazah sarjana
                                   muda).

                            3.8.3.4   Pindah  Kredit  daripada  kelayakan  yang  lebih  tinggi  (contoh  ijazah  sarjana  muda)  ke
                                   program  di  peringkat  yang  lebih  rendah  (contoh  diploma)  Pindah  kredit  tidak
                                   dibenarkan.


                                                      17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23