Page 17 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 17

3.4  Status Pelajar

                    3.4.1   Status pelajar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

                           3.4.1.1  Mendaftar sebagai pelajar dengan Kolej untuk mengikuti program pengajian  pada
                                 tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan

                           3.4.1.2  Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaran rasmi  yang  ditetapkan,
                                 dan

                           3.4.1.3  Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam pelan pengajian untuk semester berkenaan
                                 dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk perkara 3.3).
                3.5  Gugur Status Sebagai Pelajar

                    Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (TMT) sekiranya tidak mematuhi perkara 3.4.1.
                3.6  Penarikan Diri Dari Program Pengajian

                    3.6.1   Pelajar yang bercadang menarik diri dari program pengajian mesti mematuhi prosedur penarikan
                           diri  dengan  melengkapkan  Borang  Pelepasan  Kolej  dan  menjelaskan  semua  tanggungjawab
                           kewangan dengan pihak Kolej.

                    3.6.2   Pemulangan wang bagi pelajar yang menarik diri adalah tertakluk kepada Polisi Pemulangan
                           Yuran KPTM.
                3.7  Pengecualian Kursus

                    3.7.1   Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
                           dikecualikan.

                    3.7.2   Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus lain bagi mencukupkan
                           keperluan kredit bergraduat.

                    3.7.3   Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat dalam masa 2 minggu semester pertama
                           pengajian bermula.









                                                      16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22