Page 20 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 20

3.9    Penangguhan Pengajian

                           3.9.1   Pelajar  boleh  memohon  penangguhan  pengajian  atas  masalah  kesihatan  dan
                                  sebab-sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.

                           3.9.2   Permohonan penangguhan pengajian perlu dibuat:

                                  3.9.2.1  dua (2) minggu akademik sebelum Peperiksaan Akhir bermula bagi pelajar
                                         yang telah mendaftar pada sesi pengajian semasa

                                  3.9.2.2  selewat-lewatnya dua (2) minggu pertama kuliah bermula bagi pelajar
                                         yang belum mendaftar pada sesi pengajian semasa

                           3.9.3   Tempoh penangguhan pengajian yang boleh diluluskan untuk setiap permohonan
                                  adalah bagi satu (1) semester pengajian.

                           3.9.4   Tempoh penangguhan pengajian yang diluluskan atas sebab kesihatan dan sebab-
                                  sebab yang munasabah oleh Pengarah tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian
                                  di kolej.

                           3.9.5   Permohonan  penangguhan  pengajian  hendaklah  dibuat  dengan  mengisi  Borang
                                  Penangguhan  Pengajian  dengan  menyertakan  dokumen  sokongan  asal  kepada
                                  Pengarah  sebelum  tamat  permohonan  seperti  para  3.9.2.  Permohonan  penangguhan
                                  pengajian  atas  sebab  kesihatan  perlu  disertakan  dengan  surat/laporan  yang
                                  dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dari klinik/hospital.

                           3.9.6   Kelulusan  untuk  penangguhan  pengajian  dan  yuran-yuran  berkenaan  akan
                                  dipertimbangkan oleh Pengarah bagi semester semasa sahaja.

                           3.9.7   Pelajar  akan  dikenakan  yuran  proses  permohonan  penangguhan  sebanyak
                                  RM100.00 (tidak dikembalikan) KECUALI pada semester pendek.
                    3.10   Penggantungan Pengajian

                           Penggantungan pengajian ialah hukuman oleh JKTAP / JKTP  yang mengakibatkan pelajar tidak
                           dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Penggantungan ini diambil
                           kira sebagai tempoh pengajian.









                                                      19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25