Page 8 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 8

DEKAN             Kakitangan akademik yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk mengetuai
                                      sesebuah Fakulti.

                    FAKULTI           Sesuatu entiti akademik yang ditubuhkan oleh Kolej.

                    GRADUAT           Pengesahan Senat ke atas pelajar yang telah layak menerima sijil / diploma /
                                      ijazah.

                    GRED              Sesuatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan tahap prestasi pelajar dalam
                                      sesuatu kursus.

                    GUGUR TARAF       Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar semester baharu
                    (TMT)             atau mendaftar kursus atau membayar yuran pengajian dalam tempoh yang
                                      ditetapkan pada setiap semester. Status sebagai pelajar KPTM adalah digugurkan.

                    GUGUR NAMA        Pelajar yang statusnya digugurkan dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
                    (WFC)             (JKA).

                    HIMPUNAN          Purata nilai gred pencapaian yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam semua
                    PURATA NILAI      peperiksaan yang telah diambilnya.
                    GRED (CGPA)

                    IJAZAH / DIPLOMA   Perakuan yang diberi oleh Kolej kepada seseorang pelajar yang telah memenuhi
                    / SIJIL           syarat bergraduasi sesuatu program pengajian.

                    INSTITUSI         Sebuah  institusi  awam  dan  swasta  dalam  dan  luar  negara  yang  menjalankan
                    PENDIDIKAN        program pendidikan di peringkat tinggi.
                    TINGGI (IPT)

                    KREDIT            Ukuran kuantitatif yang melambangkan beban pembelajaran untuk mencapai hasil
                                      pembelajaran tertentu.

                    JAM BELAJAR       Jumlah  jam  belajar  yang  mengandungi  kuliah,  amali,  tutorial  dan  pembelajaran
                                      kendiri.

                    JAWATANKUASA      Jawatankuasa yang menjalankan tanggungjawab Senat di peringkat kolej.
                    AKADEMIK (JKA)







                                                      07
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13