Page 7 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 7

1.0   DEFINISI / GLOSARI

               1.1   Dalam peraturan ini:

                    PERKATAAN                                MAKSUD

                     AEGROTAT       Satu  perakuan  yang  menunjukkan  pelajar  yang  sakit  atau  hilang  upaya  untuk
                                    melaksanakan penilaian akhir dan dibenarkan oleh Senat untuk melalui sesuatu
                                    kursus itu tanpa menyelesaikannya.
                     APEL           Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential
                                    Learning) untuk tujuan kemasukan ke IPT.

                     APEL (C)       Kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup
                                    atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk kursus
                                    dalam program akademik di IPT.

                     BIDANG         a)  Sains Perubatan – Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar, Farmasi,
                     TEKNIKAL         Fisioterapi dan Radiografi

                                    b)  Kejuruteraan – Semua bidang Kejuruteraan
                                    c)  Teknologi – Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan
                                      Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur Bahan, Teknologi Maklumat

                                    d)  Sains  Gunaan  -  Bio  Perubatan,  Biologi  Gunaan,  Bioteknologi,  Matematik
                                      Gunaan,  Sains  Fizik  dan  Gunaan,  Sains  Alam  Sekitar  dan  Sains  Teknologi
                                      Makanan

                                    e)  Sains Tulin / Kuantitatif – Sains Aktuari, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains
                                      Hayat, Statistik, Sains Komputer
                                    f)  Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan negara


                     BIDANG BUKAN   a)  Sastera Ikhtisas – Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan Islam,
                     TEKNIKAL         Perakaunan,   Undang-Undang,   Pembangunan   Usahawan,   Pengangkutan,
                                      Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Pengajian Islam (Al-Quran & As-Sun-  nah
                                      / Syariah / Usuluddin), Multimedia

                                    b)  Lain-lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan
                                      negara



                                                      06
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12