Page 9 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 9

JAWATANKUASA     Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi membicarakan kes-kes tatatertib akademik
                   TATATERTIB       pelajar.
                   AKADEMIK
                   PELAJAR (JKTAP)

                   JAWATANKUASA     Jawatankuasa  yang  ditubuhkan  bagi  mendengar  rayuan  berkaitan  kes-kes
                   RAYUAN           tatatertib akademik pelajar.
                   TATATERTIB
                   AKADEMIK
                   PELAJAR (JKRTAP)

                   JAWATANKUASA     Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi membicarakan kes-kes disiplin pelajar.
                   TATATERTIB
                   PELAJAR KOLEJ
                   (JKTP)

                   KESETARAAN       Padanan kandungan sesuatu silibus kursus berdasarkan Jam Belajar Pelajar, yang
                   KURIKULUM        dipohon pindah kredit berbanding dengan kursus yang ditawarkan oleh KPTM.

                   KOLEJ            Kolej Poly-Tech MARA yang ditubuhkan oleh Syarikat dan didaftarkan sebagai
                                    sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta  Institusi Pendidikan
                                    Tinggi Swasta 1995 (Akta 555), termasuk Kampus Cawangan.
                   KULIAH           Perjumpaan formal yang ditetapkan bagi sesuatu kursus merangkumi pengajaran di
                                    bilik kuliah, makmal, kerja lapangan dan sebagainya mengikut tempoh masa yang
                                    ditetapkan.
                   KURSUS           Mata pelajaran atau semua bentuk latihan yang disenarai dalam struktur pengajian bagi
                                    sesuatu program pengajian.

                   KURSUS           Sesuatu kursus yang boleh dipilih oleh seseorang pelajar daripada senarai kursus
                   ELEKTIF          yang ditawarkan oleh Fakulti bagi sesuatu program pengajian.

                   KURSUS           Sesuatu kursus yang ditetapkan oleh Fakulti bagi sesuatu program pengajian
                   TERAS            sebagai perlu untuk mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang pengajian
                                    kursus tersebut.

                   KURSUS           Sesuatu kursus yang diwajibkan oleh Kolej dan Agensi  Kelayakan  Malaysia  (MQA).
                   WAJIB





                                                      08
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14