Skip to content

Sekitar perasmian kursus kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar KPTM & UPTM sesi 2023/2024

𝟲 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯, 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Encik Radzuan bin Razali telah merasmikan Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Ayer Keroh, hari ini.

Seramai 82 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Poly-Tech MARA dan Universiti Poly-Tech Malaysia yang telah dipilih melalui pilihanraya kampus Ogos tahun lalu, menghadiri kursus kepimpinan yang diadakan di USIMA Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Kursus yang bermula dari 5 hingga 7 Januari ini, melibatkan menitikberatkan ilmu pentadbiran dan pengurusan melalui ceramah atau kuliah kepada tajuk-tajuk berkaitan seperti perancangan/takwim aktiviti, penyediaan kertas kerja keusahawanan digital, komunikasi efektif serta pengendalian majlis.