Skip to content

TEH TARIK SESSION: RUANG DIALOG WARGA AKADEMIK UPTM BERSAMA PENGURUSAN KPTMSB

UPTM, 10 Julai 2026 – Bagi mengukuhkan hubungan antara pengurusan dan warga akademik, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Tuan Haji Radzuan bin Razali, telah meluangkan masa bertemu para pensyarah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menerusi program Teh Tarik Session with UPTM Educators yang berlangsung di Kampus UPTM, di sini.

Berlangsung dalam suasana santai namun penuh bermakna, sesi ini memberi peluang kepada para pensyarah untuk mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan akademik secara terus bersama pengurusan.

Program ini turut mencerminkan komitmen KPTMSB dalam membudayakan komunikasi yang terbuka dan saling menghargai, di samping memperkukuh kerjasama antara pengurusan dan warga akademik demi memastikan UPTM terus berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi yang cemerlang, relevan dan berdaya saing.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussain, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En Mudzir bin Mohamed, Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Sheikh, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, En Mohd Yusoff bin Mat Ali dan Pengarah Bahagian Akademik KPTMSB, Prof Ts. Dr. Zahrah binti Yahaya.