Skip to content

KPTM SDN. BHD. ANGKAT KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR MENERUSI MAKHEP 2025

Bangi, 12 Julai 2026 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) mengiktiraf sumbangan para pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dalam bidang bukan akademik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) 2025 yang berlangsung di Dewan Besar Kolej Poly-Tech MARA Bangi.

Majlis pengiktirafan ini telah diadakan sebanyak lapan kali sejak dari tahun 2015, bermula dengan penganjuran oleh KPTM Ibu Pejabat, diikuti oleh KPTM Bangi, KPTM Alor Setar, KPTM Batu Pahat, KPTM Kota Bharu, KPTM Kuantan, KPTM Ipoh dan Universiti Poly-Tech Malaysia.
Bagi penganjuran MAKHEP 2025, KPTM Bangi telah dipilih sebagai tuan rumah dalam menjayakan majlis ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan HEP 2025 kali ini, mempertandingkan 13 anugerah. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah:

Anugerah Kokurikulum (Individu)
Lukmanul Hakim Rusly, KPTM Kota Bharu (pertama)
Mohamad Nazreen Shazmi Mohd Suhaimi, KPTM Bangi (kedua)
Muhammad Irfan Rusly, KPTM Alor Setar (ketiga)

Anugerah Kokurikulum Kelab/Persatuan (Kolej)
Kelab Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuantan (pertama)
Kelab Pendidikan Awal Kanak-Kanak KPTM Kota Bharu (kedua)
Kelab Komputer & Teknologi Maklumat KPTM Alor Setar (ketiga)

Anugerah Inovasi (Individu)
Muhammad Faris Hilmi Mohd Johari, KPTM Ipoh (pertama)
Isma Raudhah Isnan, KPTM Batu Pahat (kedua)
Muhammad Iskandar Zakwan Johal, KPTM Alor Setar (ketiga)

Anugerah Inovasi (Kolej)
KPTM Ipoh (pertama)
KPTM Batu Pahat (kedua)
KPTM Bangi (ketiga)

Anugerah Khidmat Masyarakat (Kolej)
KPTM Kota Bharu (pertama)
KPTM Bangi (kedua)
UPTM (ketiga)

Anugerah Keusahawanan (Individu)
Wan Irfan Izz Hariz Aziman, UPTM (pertama)
Adam Harith Mohamed Aniff, KPTM Kota Bharu (kedua)
Muhammad Danish Syafi Ahmad Shahrul, KPTM Alor Setar (ketiga)

Anugerah Sukan (Individu)
Muhammad Amnan Haikal Roslan, KPTM Bangi (pertama)
Nur Eliyana Mohd Khudri, KPTM Kuantan (kedua)
Nur Shafiqah Akma Mohamad Fadzil, KPTM Kota Bharu (ketiga)

Anugerah Khas Penasihat Terbaik Kelab/Persatuan
1. Pn Nurun Nadzirah Md Akhir, Kelab Komputer & Teknologi Maklumat, KPTM Alor Setar
2. Pn Akmal Shakila Haron, Kelab Seni Persembahan & Muzik, KPTM Batu Pahat
3. Pn Nurul Ashikeen Mohamad Yusoff, Kelab Bowling, KPTM Bangi
4. Pn Nur Nasireen Nasuha Munasir, Kelab Inovasi & Reka Cipta, KPTM Ipoh
5. Pn Rudhilah Abdullah, Kelab Kejururawatan, KPTM Kota Bharu
6. En Kamarulnizam Kamarudin, Sekretariat Rakan Muda, KPTM Kuantan
7. En Alif Idham Abd Hamid, Youth Orator Club, UPTM

Anugerah Kediaman Terbaik (Kolej)
UPTM (pertama)
KPTM Kuantan (kedua)
KPTM Kota Bharu (ketiga)

Anugerah Khas Permata Terbilang (Individu)
Faiz Iskandar Afindi, KPTM Kota Bharu

Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Kolej)
KPTM Kota Bharu

Anugerah Sukan Kelab/Persatuan Kolej Terbaik
Kelab Sports Management KPTM Kuantan (pertama)
Kelab Silat KPTM Bangi (kedua)
Kelab Petanque KPTM Kota Bharu (ketiga)

Anugerah Majlis Perwakilan Pelajar Terbaik
KPTM Kuantan


Semoga dengan anugerah-anugerah ini, kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan serta kokurikulum terus berkembang dengan jayanya.