
KUNJUNGAN HORMAT: KPTMSB PERKUKUH JARINGAN ANTARABANGSA DENGAN KEDUTAAN REPUBLIK UZBEKISTAN
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Republik Uzbekistan di Kuala Lumpur bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi serta pembangunan akademik antara kedua-dua pihak.
Delegasi KPTMSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd. merangkap Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Tuan Haji Yahaya bin Sani, bersama Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB; Dr. Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Tuan Haji Radzuan bin Razali dan Pengarah Bahagian Akademik KPTMSB, Prof. Ts. Dr. Zahrah binti Yahya.
Sesi perbincangan bersama Duta Republik Uzbekistan, H.E. Dr. Karomidin Gadoev, First Secretary, Mr. Botir Ismoilov dan Consul/Second Secretary, Mr. Alisher Gafurov memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk mobiliti pelajar dan pensyarah, penyelidikan, perkongsian kepakaran akademik serta inisiatif lain yang mampu memperkukuh hubungan pendidikan antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan KPTMSB dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang kepada warga institusi untuk memperoleh pengalaman dan pendedahan di peringkat global.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik yang lebih erat demi memacu kecemerlangan pendidikan tinggi dan melahirkan graduan berdaya saing di persada antarabangsa.




