PERUTUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
TUAN HAJI RADZUAN BIN RAZALI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB).
Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi milik MARA yang terus berkembang, KPTMSB komited untuk memperkasa pendidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan industri, sejajar dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
Berlandaskan pengalaman serta legasi pendidikan MARA yang telah membina generasi profesional dan usahawan Bumiputera selama beberapa dekad, KPTMSB kini melangkah ke fasa transformasi yang lebih progresif dan dinamik.
Kami bukan sahaja memberi fokus kepada kecemerlangan akademik, malah turut menekankan pembangunan bakat, kebolehpasaran graduan, inovasi digital serta jaringan strategik bersama industri.
Seiring perubahan landskap pendidikan global, KPTMSB terus memperkukuh ekosistem pendidikan melalui pendekatan yang lebih tangkas, inklusif dan berimpak tinggi.
Aspirasi kami adalah untuk menjadikan KPTMSB sebagai institusi pendidikan pilihan yang diyakini masyarakat serta mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kami percaya bahawa pendidikan adalah pemangkin utama kepada mobiliti sosial dan kemajuan bangsa. Justeru, seluruh warga KPTMSB akan terus berusaha memberikan pengalaman pembelajaran terbaik demi melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan mempunyai nilai kepimpinan tinggi.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada KPTMSB. Semoga laman web ini menjadi platform yang membantu anda mengenali kami dengan lebih dekat serta meneroka pelbagai peluang pendidikan dan kerjasama strategik yang ditawarkan.
43 Tahun Mencipta Kejayaan, Melangkah ke Tahap Kecemerlangan Seterusnya.
Sekian, terima kasih.
- Pengerusi KPTM
- Ketua Pegawai Eksekutif
- Visi, Misi, Nilai Bersama, Slogan
- Sejarah KPTM
- Piagam Pelanggan
- Falsafah Pendidikan
- Polisi Kualiti
- Polisi JKKP
- Lirik dan Lagu KPTM
- Logo KPTM
YB DATO’ HAJI SHAMSHULKAHAR BIN HAJI MOHD DELI
PENGERUSI
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.
EN RADZUAN BIN RAZALI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Kepada semua pengunjung Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), dengan sukacitanya kami mengalu-alukan ke laman sesawang rasmi Kolej Poly-Tech MARA. Laman sesawang ini direka khas untuk memberi akses maklumat terkini tentang program-program yang ditawarkan, kemajuan kolej, dan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar, pensyarah dan juga staf yang bekerja di bawah bumbung KPTM.
Di KPTM, kami menawarkan program yang diiktiraf, berorentasikan pasaran dan berdaya saing bagi melahirkan graduan yang cemerlang serta berpotensi tinggi. Ini kerana KPTM mempunyai matlamat untuk menjadi institusi yang menyediakan pendidikan berkualiti bermatlamat melahirkan modal insan yang berkredibiliti.
Kami berharap, anda akan menikmati pengalaman melayari laman sesawang ini dan mendapati maklumat yang diberikan bermanfaat. Terima kasih atas sokongan anda kepada Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.
Sekian, terima kasih.
Visi
Institusi yang menyediakan pendidikan berkualiti bermatlamat melahirkan modal insan yang berkredibiliti.
Misi
Menerajui kecemerlangan akademik dan sahsiah ke arah perkembangan potensi individu yang optimum.
Nilai Bersama
Diyakini | Bersinergi | Prihatin
Slogan
MEMBANGUN POTENSI, MEMACU PRESTASI
Latar Belakang Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Sejarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bermula dengan penubuhan Maktab Sains MARA (MSM) Kuantan pada 16 September 1983 menggunakan model Kolej Komuniti (Junior College) di Amerika Syarikat. Sepanjang kewujudannya, MSM Kuantan lebih dikenali sebagai MARA Community College (MCC) Kuantan yang mengendalikan program American Associate Degree (AAD), program ijazah berkembar dengan 165 universiti di Amerika Syarikat. MSM Kuantan dikelolakan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM), syarikat milik penuh MARA.
Berikutan kejayaan cemerlang sepanjang pengendalian program AAD, YPM telah menubuhkan kolej kedua pada 1987 dikenali sebagai Maktab Sains MARA (MSM) Kuala Lumpur yang mengendalikan program “A Level” yang mengendalikan kursus persediaan bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran di United Kingdom. Pada 1988, ditubuhkan pula Maktab Yayasan Pelajaran MARA (MYPM) di Cheras, Kuala Lumpur dan kemudiannya dipindahkan ke kampus tetap di Bangi, Selangor pada 1990. MYPM menjalan program pendidikan sekolah menengah berasrama penuh swasta menggunakan model Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 hingga 5.
Koley Yayasan Pelajaran MARA Trolak (Perak) ditubuhkan pada 21 Februari 1993 bagi menjalankan program ‘foundation’ dan ijazah tahun pertama universiti sebelum pelajar menyambung pengajian selama 2 tahun lagi di universiti-universiti Australia. Seterusnya pada 1994, Kolej Yayasan Pelajaran MARA Kota Bharu ditubuhkan bagi menjalankan program Pra Sains secara kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan program Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada 1996, semua kolej yang bernaung di bawah YPM ditukar nama kepada Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). KYPM diasaskan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.
Namun pada 1 September 2003, pengurusan KYPM telah diambilalih oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB). Kini Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 47 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional.
Pada 1 Januari 2004, empat kampus Akademi Infotech MARA (AIM) telah diserap di bawah pengurusan KPTM Sdn. Bhd.
Pada 15 Oktober 2015, Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur telah dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Poly-Tech MARA. KUPTM yang ditunjangi oleh tiga fakulti dan dua institut, menawarkan 30 program pengajian di peringkat diploma, profesional, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Pada 6 Januari 2023, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara rasminya telah meluluskan pendaftaran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sebagai institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti.
KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.
KPTM kini beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf universiti:
i. Universiti Poly-Tech Malaysia
ii. Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Pahang
iii. Kolej Poly-Tech MARA Bangi, Selangor
iv. Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan
v. Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Kedah
vi. Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak
vii. Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Johor
PIAGAM PELANGGAN

Menawarkan program yang diiktiraf, berorentasikan pasaran dan berdaya saing.

Melahirkan graduan yang cemerlang dan berpotensi tinggi.

Melahirkan graduan yang cemerlang dan berpotensi tinggi.

Menawarkan mutu perkhidmatan yang mesra, berorientasi pelanggan dan cekap.

Mengamalkan budaya kerja yang mesra, profesional dan berintegriti.
FALSAFAH PENDIDIKAN KPTM
Pendidikan tinggi di KPTM adalah satu usaha berterusan untuk mengembangkan potensi diri melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai keusahawanan seterusnya memartabatkan taraf kehidupan dan menyumbang kepada pembangunan modal insan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN MARA
Pendidikan MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan yang holistik dan seimbang.

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
KPTMSB komited terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk mengurangkan bahaya dan semua punca bahaya di samping melahirkan suasana kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada segala ancaman penyakit. Dasar dirangka juga melibatkan semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB terutama kakitangan pengurusan, pelajar, ibubapa pelajar, pembekal, kontraktor dan sub kontraktor yang dilantik mesti mematuhi segala keperluan perundangan.
OBJEKTIF
Objektif polisi ini adalah untuk memastikan setakat yang praktik, KPTMSB akan melindungi semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
STRATEGI
Dalam usaha untuk memastikan objektif polisi tercapai, setakat yang praktik KPTMSB akan berusaha untuk:-
i. Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat daripada kecederaan, penyakit, kemusnahan harta benda dan kematian;
ii. Melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan persekitaran yang memenuhi kehendak perundangan;
iii. Memupuk budaya kerja selamat, kondusif dan sihat sebagai amalan di kolej-kolej KPTM berpandukan kefahaman, tanggungjawab dan pengaturan kendiri;
iv. Bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi luar untuk memperkukuhkan perlaksanaan operasi dan pentadbiran;
v. Memastikan penyampaian maklumat berada di dalam keadaan terbaik dengan meningkatkan komunikasi dua hala;
vi. Mempergiatkan latihan dan kempen bagi menyerlahkan kompetensi dan pemahaman; dan
vii. Menyemak polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkala.
Semua pekerja perlu memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala strategi yang telah dirancang oleh majikan untuk mencapai objektif polisi ini.
KPTM GEMILANG
Kepada negara, kita curahkan bakti setia
Putra putrinya tekad menjunjung obor ilmu
Taat agama, kaya bangsanya yang berdaulat
MARA ke arah matlamat negara yang maju
Sehati dan sejiwa
Menuju puncak jayanya
Bangsaku gemilang
Di mana ku berada
Namamukan tersemat dijiwa
Penuh rasa bangga
Kepada negara, kita curahkan bakti setia
Putra putrinya tekad menjunjung obor ilmu
Semangat nan membara
Obor ilmu dinyala
untuk menyuluh dunia
Di mana ku berada
Namamukan tersemat dijiwa
Penuh rasa bangga
Dengan cogan kata
Amanah, Teguh dan Dirahmati
Seia sekata
KOLEJ POLY-TECH MARA
Capai segala wawasan!

Visi
Institusi yang menyediakan pendidikan berkualiti bermatlamat melahirkan modal insan yang berkredibiliti.
Misi
Menerajui kecemerlangan akademik dan sahsiah ke arah perkembangan potensi individu yang optimum.
Nilai Bersama
Diyakini | Bersinergi | Prihatin
Slogan
MEMBANGUN POTENSI, MEMACU PRESTASI
Piagam Pelanggan
Menawarkan program yang diiktiraf, berorentasikan pasaran dan berdaya saing.
Melahirkan graduan yang cemerlang dan berpotensi tinggi.
Menawarkan mutu perkhidmatan yang mesra, berorientasi pelanggan dan cekap.
Mengamalkan budaya kerja yang mesra, profesional dan berintegriti.


