
𝟭𝟰 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 – Tahun 2023, melabuhkan tirai, pembuka 2024 ke arah pencapaian yang lebih tinggi.
Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) meraikan kejayaan manis yang dicapai pada tahun 2023 dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Ipoh, semalam.
Majlis yang bertemakan ‘Bersama, Kita Berjaya’ ini, dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, En. Radzuan bin Razali, Timbalan Presiden Akademik, En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Ramli bin Mohd Jawi, pengurusan tertinggi KPTM dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), pengarah-pengarah dan pengurusan kampus cawangan.





