Skip to content

Lawatan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. ke Kolej Yayasan Felda

𝟴 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Encik Radzuan bin Razali meluangkan masa membuat lawatan ke Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Feldajaya Wilayah Raja Alias, Bandar Seri Jempol, hari ini.

Lawatan ini disertai Timbalan Presiden Akademik, En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Pengarah Kanan Jabatan Logistik & Aset KPTM, En. Mohd Zaidi bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, En. Md Hanafizah bin Ya’acob, Pegawai Khas Parlimen Jempol, En. Khairul Anuar bin Mansor, Pegawai Khas Pengerusi KPTMSB, En. Ahmad Fadli bin Md Zin dan Penyelaras Pendidikan Ahli Parlimen Jempol, En. Mazlan bin Yaakob.

Manakala wakil daripada Yayasan Felda dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Felda, YBhg. Dato’ Mohd Banuri bin Aris, Pengurus Kanan Yayasan Felda, En. Muhammad Izzudin Omar, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik & Aset Felda, Nurazmel Mohd Nor, Pengurusan Yayasan Felda, Pn. Farah Nadirah, Pengetua Kolej Yayasan Felda Wilayah Raja Alias, En Azka, Timbalan Pengarah Felda Wilayah Raja Alias, Pn. Nursyazlin.

Antara intipati lawatan ini, ialah penerangan ringkas tentang KPTMSB, Kolej Yayasan Felda, perancangan kerjasama dan juga bertukar pandangan serta ideologi antara KPTMSB serta Kolej Yayasan Felda. Selain itu, lawatan ini turut memperlihatkan sekitar fasiliti dan keadaan sekitar Kolej Yayasan Felda.