
Kunjungan hormat Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar ke KPTM Sdn. Bhd.
𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Chancellor Universiti Antarabangsa UNITAR.
Kunjungan hormat beliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, En. Radzuan bin Razali dan Timbalan Presiden Akademik, En. Mohd Sahidi bin Yaakob.
Dalam kunjungan hormat ini, turut hadiri Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin dan pengurusan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).





