
𝟭𝟵 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini menunaikan tuntutan agama iaitu mengeluarkan zakat korporat bagi tahun 2023.
Dengan kadar keuntungan yang diperoleh, KPTMSB telah mengeluarkan zakat melebihi nisab yang sepatutnya iaitu RM1 juta. Selain itu, KPTMSB turut menyalurkan derma kepada pihak Yayasan Pelajaran MARA sebanyak RM1 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, En. Radzuan bin Razali berkata, prestasi syarikat pada 2023 telah mencatat pendapatan yang sangat memberangsangkan.
“Semoga dengan usaha amal ini memberikan keberkatan kepada syarikat dan sama-samalah berdoa agar KPTMSB akan terus cemerlang dan menjadi pembayar zakat tegar setiap tahun,” katanya.
Terdahulu, dalam majlis penyerahan bayaran korporat KPTMSB 2023 yang diadakan di Dewan Mawar, KPTM Ibu Pejabat, En. Radzuan menyampaikan mock cheque kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP yang diwakili YBhg. Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
KPTMSB turut menyalurkan derma kepada pihak Yayasan Pelajaran MARA sebanyak RM1 juta. Penerimaan mock cheque telah diwakili oleh En. Faisalludin bin Mohamat Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif YPM.
Selain itu, bagi tahun 2023 juga, KPTMSB telah menerima sumbangan zakat daripada PLUS Malaysia Berhad sebanyak RM45,000 yang disampaikan En. Ahmad Rizal bin Omar, Chief Financial Officer (CFO) PLUS Malaysia Berhad.
Majlis ini turut dihadiri pengurusan tertinggi KPTMSB, pengurusan PPZ-MAIWP, Plus Malaysia Berhad, Yayasan Pelajaran MARA, Presiden UPTM, Prof Madya Dr Sharifah Shahirahx, pengarah-pengarah kampus dan staf KPTM ibu pejabat.






