Page 25 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 25

5.0 PENILAIAN

                 5.1   Penilaian Prestasi Akademik Pelajar
                 5.1.1  Komponen Penilaian Akademik terdiri daripada penilaian berterusan dan penilaian akhir seperti yang
                      termaktub dalam silibus.
                 5.1.2  Penilaian prestasi akademik pelajar adalah berdasarkan kepada Purata Nilai Gred (GPA) dan Himpunan
                      Purata Nilai Gred (CGPA).
                 5.2   Sistem Pemarkahan, Gred, Nilai Gred dan Nilai Kredit

                 5.2.1  Sistem pemarkahan, gred dan nilai gred adalah seperti berikut:
                         Gred   Markah  Nilai Gred   Status
                                                  Amat
                          A+   90-100   4.00
                                                Cemerlang
                          A    80- 89   4.00    Cemerlang
                          A-   75-79    3.75    Cemerlang
                          B+   70-74    3.50    Kepujian
                          B    65-69    3.00    Kepujian
                          B-   60-64    2.75      Lulus
                          C+   55-59    2.50      Lulus
                          C    50-54    2.00      Lulus
                          C-   47-49    1.75      Lulus
                          D+   44-46    1.50      Lulus
                          D    40-43    1.00      Lulus
                          F     0-39    0.00     Gagal

                 5.2.2  Penentuan gred adalah berdasarkan markah yang diperoleh bagi sesuatu kursus.
                 5.2.3  Nilai gred merupakan suatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu
                      kursus.
                 5.2.4  Nilai kredit adalah angka hasil pendaraban nilai gred dengan kredit.
                                           Nilai kredit = nilai gred x kredit
                 5.2.5  Purata Nilai Gred (GPA) merupakan satu nilai pencapaian seseorang pelajar bagi satu semester.
                                               Jumlah nilai kredit
                                              GPA  = ---------------------------------------
                                                                 Jumlah kredit

                                                      25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30