Page 5 - BPA_KPTM_2022_new
P. 5
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan KPTM memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan dalam Buku Peraturan Akademik
ini.
2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang digariskan
dalam Buku Peraturan Akademik ini iaitu:-
a) Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam
kurikulum Program Pengajian yang diikuti di KPTM.
b) Membuat prapendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.
c) Membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan.
d) Membayar yuran KPTM mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan.
e) Menghadiri kuliah/ latihan amali/ latihan industri/ praktikum/ latihan klinikal yang
ditetapkan oleh KPTM.
3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada staf KPTM
yang berkenaan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk kemusykilan akademik.
4. Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap
peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
5. Pelajar bertanggungjawab mengemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa dan
memaklumkan kepada Bahagian Akademik Kampus Cawangan untuk tujuan rekod.
6. Pelajar berhak untuk memeriksa dan menyemak rekod akademik serta memohon membuat
pindaan kepada rekod jika mereka percaya rekod tersebut tidak tepat atau mengelirukan.
7. Pelajar boleh mengemukakan aduan/rayuan kepada Pengarah Kampus Cawangan jika
mereka tidak berpuas hati dengan hasil proses akademik di KPTM.
|4