Page 4 - BPA_KPTM_2022_new
P. 4

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

MUKADIMAH

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ POLY-TECH MARA 2022

Peraturan Akademik KPTM 2022 ini dikeluarkan setelah semakan semula dibuat ke atas Peraturan
Akademik KPTM (Pindaan 2017). Semakan semula bertujuan untuk memantapkan lagi peraturan
akademik yang digunapakai selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan.

Peraturan Akademik KPTM 2022 telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Khas KPTM Bil. 37 (01/2022)
pada 18 Februari 2022 berdasarkan seksyen 13 (5) Perlembagaan KPTM 2003. Pemakaian peraturan
ini berkuatkuasa mulai sesi akademik Julai 2022.

Peraturan Akademik KPTM 2022 ini dibangunkan dengan merujuk kepada Kompilasi Dasar Jaminan
Kualiti Pendidikan Tinggi yang berkuatkuasa oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Peraturan Akademik KPTM 2022 ini terpakai bagi pelajar KPTM sahaja. Bagi pelajar Program
Usahasama dan Program Profesional, ia hendaklah dibaca bersama dengan peraturan akademik
program-program tersebut. Peraturan ini adalah digunapakai untuk tujuan menyelaras dan mentadbir
semua hal ehwal akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
KOLEJ POLY-TECH MARA

KPTM berhak meminda mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan ini tanpa perlu
memaklumkannya kepada pelajar terlebih dahulu.

                                                                                                                   |3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9