Page 46 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 46
10.0 PROSEDUR TATATERTIB
10.1 Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP)
10.1.1 Pelajar yang dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Peraturan Akademik ini akan
dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP) untuk dibicarakan.
10.1.2 Setiap Kampus Cawangan KPTM hendaklah mewujudkan satu JKTAP bagi membicarakan kes-kes
berkaitan dengan tuduhan salah laku akademik terhadap pelajar di bawah peraturan- peraturan ini.
10.1.3 Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri
daripada:
- Timbalan Pengarah Akademik - Pengerusi
- Ketua Jabatan Akademik 1 - Ahli
- Pensyarah 1 - Ahli
- Pensyarah 2 - Ahli
- Pegawai Hal Ehwal Pelajar - Ahli
- Pegawai yang dilantik - Setiausaha
Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.
10.1.4 Pegawai atau kakitangan berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa:
10.1.4.1 Pensyarah yang mengajar kursus yang didakwa berlakunya ketidakjujuran
tersebut.
10.1.4.2 Pegawai/Pensyarah yang membuat aduan kesalahan ketidakjujuran akademik
pelajar tersebut.
10.1.5 Korum untuk perbicaraan tatatertib adalah tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
10.2 Bidang Kuasa Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
10.2.1 Jawatankuasa ini berkuasa membicarakan pelajar yang dituduh melakukan mana-mana kesalahan
akademik seperti yang termaktub dalam Peraturan Akademik ini.
10.2.2 Jawatankuasa berkuasa mengenakan apa-apa hukuman seperti yang dinyatakan dalam perkara
9.1.2, yang difikirkan wajar dan munasabah ke atas seorang pelajar yang telah disabitkan
kesalahannya.
45