Page 48 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 48

10.3.7  Pelajar yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman boleh membuat
        rayuan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh pelajar dimaklumkan keputusan
        tersebut. Sekiranya pelajar gagal/enggan/cuai untuk membuat rayuan maka:

        10.3.7.1 hukuman hendaklah dilaksanakan; dan

        10.3.7.2 tiada lagi sebarang rayuan yang boleh dibuat oleh pelajar.

10.3.8 Setiap rayuan pelajar terhadap keputusan JKTAP hendaklah secara automatik menangguhkan
             pelaksanaan keputusan tersebut.

10.4 Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP)

10.4.1 Setiap Kolej hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Rayuan
             Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP) untuk tujuan:

        10.4.1.1 Mendengar dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar atau Kolej
                     terhadap keputusan dalam satu- satu kes yang telah dibuat oleh JKTAP; dan

        10.4.1.2 Mendengar, mempertimbang serta memutuskan 'Rayuan Kemasukan Semula' oleh
                     pelajar yang telah gagal dalam satu-satu Peperiksaan Akhir dan diberhentikan
                     pengajian menurut peruntukan di bawah perkara 7.1.

10.4.2 JKRTAP Kolej cawangan hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah atau pegawai lain yang
             dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

10.4.3 Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri
             daripada;

        - Pengarah/atau Pegawai yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif   - Pengerusi
        - Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar/Ketua Jabatan Akademik         - Ahli
        - Pegawai Hal Ehwal Pelajar                                          - Ahli
        - Pensyarah 3                                                        - Ahli
        - Pensyarah 4                                                        - Ahli

        - Pegawai yang Dilantik                                              - Setiausaha

        Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.

        47
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53