Page 51 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 51

10.7 Pembayaran Denda

10.7.1  Jika JKTAP atau JKRTAP mengenakan denda ke atas pelajar, maka tempoh masa denda itu perlu
        dibayar hendaklah dinyatakan. Pelajar berkenaan hendaklah membayar denda tersebut terus
        kepada Bahagian Kewangan Kampus Cawangan berkenaan.

10.7.2  Sekiranya pelajar enggan/gagal/cuai untuk membayar denda hukuman, maka pelajar boleh
        dihalang untuk mendaftar pengajiannya dalam semester berikutnya.

10.8 Anggapan Pengemukaan Dokumen

10.8.1  Mana-mana dokumen yang perlu dikemukakan kepada pelajar seperti kertas pertuduhan dan
        keputusan perbicaraan hendaklah dianggap telah dikemukakan kepada pelajar sekiranya
        dokumen tersebut dihantar kepada alamat pelajar yang tertera dalam fail pelajar atau sistem
        pengurusan kampus kolej.

10.8.2  Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengemaskini alamat mereka dari semasa ke
        semasa.

                                   50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54