Page 50 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 50

10.5.3 Notis pendengaran rayuan hendaklah menyatakan dan menyertakan;

        10.5.3.1 Pertuduhan dan Perkara yang dilanggar oleh Pelajar dalam Peraturan Akademik;
                       dan

        10.5.3.2 Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan Akademik berlaku;

        10.5.3.3 Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan dilangsungkan;

        10.5.3.4 Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
                       dokumen pembelaan dirinya;

        10.5.3.5 Ibu bapa pelajar boleh dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan;

        10.5.3.6 Salinan Keputusan JKTAP, sebab keputusan dibuat dan nota perbicaraan JKTAP;
                       dan

        10.5.3.7  Satu kenyataan bahawa pendengaran rayuan, keputusan dan hukuman boleh
                  dijatuhkan ke atas pelajar sekiranya dia gagal/enggan/cuai untuk hadir ke
                  perbicaraan berkenaan.

10.5.4  Pendengaran rayuan boleh dijalankan tanpa kehadiran perayu. Sekiranya JKRTAP berpuas
        hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan, JKRTAP boleh membuat keputusan seperti yang
        diperuntukan di bawah perkara 10.4.6 di atas.

10.5.5  Keputusan JKRTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada perayu dalam tempoh
        tiga (3) hari bekerja setelah keputusan dibuat.

10.5.6 Keputusan JKRTAP adalah muktamad.

10.6 Keputusan dan NotaPerbicaraan

10.6.1  Setiap keputusan JKTAP dan JKRTAP hendaklah dinyatakan dengan terang hukuman dan
        sebab-sebab hukuman dijatuhkan.

10.6.2  JKTAP dan JKRTAP hendaklah membuat nota bertulis mengenai perbicaraan tatatertib di
        hadapannya tetapi nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.

10.6.3  Satu daftar nota perbicaraan ini hendaklah diwujudkan oleh Pengerusi jawatankuasa
        berkenaan dan diletakkan di bawah jagaan:-

        10.6.3.1 Bagi JKTAP, dibawah jagaan Timbalan Pengarah Akademik Kolej Cawangan
                       dilantik; dan

10.6.3.2 Bagi JKRTAP, dibawah jagaan Pengarah Kolej Cawangan

                                    49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54