Page 41 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 41
8.1.3 Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif
Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria
berikut:
8.1.3.1 Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan; DAN
8.1.3.2 Berjaya memperolehi Anugerah Dekan pada setiap sesi pengajian; DAN
8.1.3.3 Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atauJKTAP.
8.2 Anugerah Kecemerlangan Akademik Konvokesyen
8.2.1 Anugerah Pingat Emas
Anugerah Pingat Emas akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:
8.2.1.1 Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan; DAN
8.2.1.2 Merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik terbaik dari senarai bergraduat
sesuatu program pada sesi konvokesyen berkenaan; DAN
8.2.1.3 Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atauJKTAP.
8.2.2 Anugerah Platinum
Anugerah Platinum akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:
8.2.2.1 Calon adalah terbuka kepada pelajar yang telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian
minima yang ditetapkan DAN mendapat CGPA 3.75 bagi program diploma atau Kelas Pertama bagi
program Ijazah; DAN
8.2.2.2 Cemerlang dalam bidang kokurikulum.
8.2.3 Penerima anugerah mestilah telah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan.
40