Page 47 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 47

10.3 Prosedur Tatatertib Akademik Pelajar

10.3.1 Setelah menerima laporan, Pengerusi JKTAP berkuasa menentukan samada terdapat cukup bukti
            untuk mengadakan satu kes prima facie terhadap pelajar yang dituduh.

10.3.2  Sekiranya Pengerusi JKTAP berpendapat terdapat satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap
        pelajar yang dituduh, maka beliau akan memulakan prosedur tatatertib terhadap pelajar yang
        dituduh dengan:

        10.3.2.1 Menetapkan tarikh bicara.

        10.3.2.2 Memanggil mesyuarat JKTAP.

        10.3.2.3 Mengeluarkan kertas pertuduhan bagi memanggil pelajar membela diri.

10.3.3 Kertas pertuduhan perlulah dikemukakan kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
            dari tarikh kesalahan dilaporkan kepada pengerusi JKTAP.

10.3.4 Kertas pertuduhan hendaklah menyatakan;

        10.3.4.1 Pertuduhan dan Perkara yang dilanggar oleh Pelajar dalam Peraturan Akademik;

        10.3.4.2 Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan Akademik berlaku;

        10.3.4.3 Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan dilangsungkan;

        10.3.4.4 Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
                      dokumen pembelaan dirinya;

        10.3.4.5 Satu kenyataan bahawa keputusan dan hukuman boleh dijatuhkan ke atas pelajar
                      sekiranya dia enggan/gagal/cuai untuk hadir ke perbicaraan berkenaan.

10.3.5  JKTAP boleh membuat keputusan dan mengenakan hukuman tanpa kehadiran pelajar sekiranya
        JKTAP berpuas hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan dan tarikh perbicaraan telah
        dimaklumkan kepada pelajar tetapi pelajar tanpa alasan yang munasabah, enggan/gagal/cuai
        untuk menghadiri perbicaraan.

10.3.6  Keputusan JKTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pelajar dalam tempoh lima
        (5) hari bekerja setelah keputusan dibuat. Sekiranya JKTAP gagal/enggan/cuai untuk memaklumkan
        kepada pelajar keputusan perbicaraan dalam tempoh lima (5) hari bekerja, maka sebarang
        keputusan atau hukuman JKTAP hendaklah terbatal.

                                           46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52