Page 43 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 43

8.4 Pengurniaan Aegrotat / Posthumous

8.4.1 Pelajar yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kursus-kursus pengajian atas sebab
          perubatan, hilang upaya atau kematian, dalam keadaan tertentu, boleh dipertimbangkan oleh Senat
          untuk pemberian Anugerah Aegrotat / Posthumous.

8.4.2 Pengurniaan Aegrotat / Posthumous adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

8.4.2.1 Pelajar Tahun Akhir yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kursus dalam
             struktur pengajian yang telah didaftarkan.

8.4.2.2 CGPA terakhir sekurang-kurangnya 2.00 bagi program diploma dan ijazah atau purata markah
             40 bagi program profesional.

8.4.3 Penilaian Akhir;

8.4.3.1  Bagi pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk melaksanakan penilaian akhir,
         tetapi terhalang disebabkan masalah kesihatan atau hilang upaya kekal, Senat boleh, dalam
         keadaan tertentu memberi Pengurniaan Aegrotat dengan syarat tiada kiraan CGPA atau
         markah purata diambilkira.

8.4.3.2 Pengarah kolej perlu membentangkan kepada Senat laporan pencapaian calon di dalam program
             pengajian dan membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa calon tersebut dianggap
             layak untuk memperolehi diploma atau ijazah.

8.4.3.3 Sekiranya Senat mendapati ianya wajar, calon tersebut dianggap telah lulus dan memenuhi
             syarat pengurniaan Aegrotat.

8.4.4 Calon hanya boleh dikurniakan Aegrotat sekali sahaja bagi setiap tahap pengajian.

8.4.5 Laporan perubatan;

8.4.5.1  Dalam semua kes, masalah kesihatan tersebut perlu dilaporkan kepada Bahagian Akademik
         seawal yang mungkin dan pengurniaan Aegrotat tersebut tidak boleh dipertimbangkan sekiranya
         laporan dibuat melebihi tempoh 48 jam selepas penilaian tamat. Bahagian Akademik boleh
         mengarahkan calon untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kolej dan
         membentangkan keputusan laporan kesihatan kepada Senat.

8.4.5.2 Bayaran fi pemeriksaan kesihatan tersebut akan dijelaskan oleh calon tersebut.

                                       42
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48