Page 42 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 42

8.3 Pengurniaan Akademik
       8.3.1 Penganugerahan Skrol & Transkrip Akhir

       8.3.1.1 Pelajar akan dianugerahkan skrol diploma setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

       8.3.1.1.1 Memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00; DAN

       8.3.1.1.2 Lulus semua kursus yang disyaratkan oleh sesuatu program pengajian; DAN

       8.3.1.1.3 Memenuhi semua syarat dan keperluan kolej; DAN

       8.3.1.1.4 Diperakukan oleh Senat.

       8.3.1.2 Pelajar akan dianugerahkan skrol ijazah setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

       8.3.1.2.1 Memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00; DAN

       8.3.1.2.2 Lulus semua kursus yang disyaratkan oleh sesuatu program pengajian; DAN

       8.3.1.2.3 Memenuhi semua syarat dan keperluan kolej; DAN

       8.3.1.2.4 Diperakukan oleh Senat.

8.3.2 Graduan diberi tempoh selama TIGA (3) bulan selepas Majlis Konvokesyen diadakan untuk mengambil
          skrol. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM100.00 akan dikenakan kepada pelajar jika menuntut skrol
          melebihi tempoh tersebut.

8.3.3 Transkrip rasmi boleh dikeluarkan oleh pihak kolej sehari selepas Senat mengesahkan senarai
          graduan.

8.3.4 Salinan transkrip hanya boleh dikeluarkan kepada graduan yang telah bergraduat dengan caj perkhidmatan
          sebanyak RM50.00 bagi setiap salinan.

8.3.5  Pihak kolej tidak menyediakan salinan skrol. Pihak kolej hanya menyediakan Surat Pengesahan Pengurniaan
       Diploma atau Ijazah untuk tujuan penggantian kepada skrol yang telah hilang atau rosak. Bayaran
       Perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk pengeluaran Surat Pengesahan Pengurniaan
       Diploma atau Ijazah.

8.3.6 Pelajar yang berhenti atau diberhentikan dari KPTM boleh memohon penyata keputusan semester
          (semester result slip) dengan kadar bayaran sebanyak RM50.00.

                                                     41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47