Page 38 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 38

7.0 RAYUAN AKADEMIK

Sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi dalam satu-satu semester pengajian,
pelajar dibenarkan membuat rayuan seperti berikut:

i. Rayuan Meneruskan Pengajian
ii. Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir
iii. Rayuan Penyemakan Gred Kursus yang tiada Peperiksaan Akhir

7.1 Rayuan Meneruskan Pengajian

7.1.1 Pelajar yang telah memperolehi status Gagal Berhenti (DIS) atau Gugur Taraf (TMT) atau Gugur
         Nama (WFC) dalam satu-satu semester pengajian boleh membuat rayuan untuk meneruskan pengajian
         sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

7.1.2 Syarat bagi pelajar berstatus DIS mempunyai Mata Kekurangan tidak melebihi 12.

7.1.3 Rayuan untuk meneruskan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh
         empat belas (14) hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

7.1.4 Setiap permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang
         disediakan dan pelajar akan dikenakan yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan).

7.1.5  Rayuan untuk meneruskan pengajian bagi pelajar berstatus TMT hendaklah dikemukakan kepada
       Pengarah secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat makluman Gugur
       Taraf dikeluarkan secara rasmi. Bagi pelajar yang selepas merayu dan diterima masuk semula
       akan dikenakan yuran proses kemasukan semula RM100.00 dan denda pendaftaran lewat
       RM300.00.

7.1.6 Bagi pelajar berstatus WFC akan dikenakan yuran proses kemasukan semula RM100.00 (tidak
         dikembalikan).

7.1.7 Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mematuhi perkara 3.4 mengikut tarikh pendaftaran
         yang dinyatakan dalam surat kelulusan rayuan.

7.1.8 Setiap permohonan rayuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh JKRTAP. Sebarang
         keputusan yang dibuat adalah muktamad.

7.1.9 Rayuan untuk meneruskan pengajian hanya boleh dibuat satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh
         pengajian.

7.1.10 Bagi permohonan TMT dan WFC yang diluluskan, tempoh pengajian semasa TMT atau WFC diambil
         kira sebagai tempoh pengajian.

                                 37
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43