Page 39 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 39

7.2 Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir
          Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan kertas jawapan Peperiksaan Akhir bagi setiap kertas
          jawapan dalam masa dua minggu dari tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan.

7.3 Rayuan Penyemakan Gred Kursus Yang Tiada Peperiksaan Akhir
          Pelajar boleh membuat rayuan untuk menyemak gred bagi kursus yang tidak melibatkan Peperiksaan
          Akhir dalam masa dua minggu dari tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan. Gred selepas
          semakan boleh kekal atau berubah.

7.4 Permohonan Rayuan
          7.4.1 Rayuan perlu dikemukakan kepada Pengarah/TPA dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
                   selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.
          7.4.2 Setiap permohonan rayuan mesti dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan
                   oleh Bahagian Akademik dan akan dikenakan yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan)
                   bagi setiap kursus yang dirayu.
          7.4.3 Keputusan rayuan adalah muktamad.

                                                                   38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44