Page 46 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 46

10.0  PROSEDUR TATATERTIB

              10.1  Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP)

                    10.1.1  Pelajar yang dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Peraturan Akademik ini akan
                          dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP) untuk dibicarakan.

                    10.1.2  Setiap Kampus Cawangan KPTM hendaklah mewujudkan satu JKTAP bagi  membicarakan  kes-kes
                          berkaitan dengan tuduhan salah laku akademik terhadap pelajar di bawah peraturan- peraturan ini.

                    10.1.3  Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri
                          daripada:

                          - Timbalan Pengarah Akademik   - Pengerusi
                          - Ketua  Jabatan Akademik 1   - Ahli
                          - Pensyarah 1           - Ahli
                          - Pensyarah 2           - Ahli
                          - Pegawai Hal Ehwal Pelajar   - Ahli
                          - Pegawai yang dilantik   - Setiausaha

                          Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.

                    10.1.4  Pegawai atau kakitangan berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa:

                          10.1.4.1  Pensyarah  yang  mengajar  kursus  yang  didakwa  berlakunya ketidakjujuran
                                 tersebut.

                          10.1.4.2  Pegawai/Pensyarah yang membuat aduan kesalahan ketidakjujuran akademik
                                 pelajar tersebut.

                    10.1.5   Korum untuk perbicaraan tatatertib adalah tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
              10.2  Bidang Kuasa Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar

                    10.2.1  Jawatankuasa  ini  berkuasa  membicarakan  pelajar  yang  dituduh  melakukan  mana-mana  kesalahan
                          akademik seperti yang termaktub dalam Peraturan Akademik ini.

                    10.2.2  Jawatankuasa berkuasa mengenakan apa-apa hukuman seperti yang dinyatakan dalam perkara
                          9.1.2, yang difikirkan wajar dan munasabah ke atas seorang pelajar yang telah disabitkan
                          kesalahannya.





                                                      45
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51