Page 48 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 48

10.3.7   Pelajar yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman boleh membuat
                            rayuan  dalam  tempoh  lima  (5)  hari  bekerja  dari  tarikh  pelajar  dimaklumkan  keputusan
                            tersebut. Sekiranya pelajar gagal/enggan/cuai untuk membuat rayuan maka:

                            10.3.7.1  hukuman hendaklah dilaksanakan; dan

                            10.3.7.2  tiada lagi sebarang rayuan yang boleh dibuat oleh pelajar.

                     10.3.8   Setiap rayuan pelajar terhadap keputusan JKTAP hendaklah secara automatik menangguhkan
                            pelaksanaan keputusan tersebut.
               10.4  Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP)

                     10.4.1   Setiap Kolej hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Rayuan
                            Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP) untuk tujuan:

                            10.4.1.1  Mendengar  dan  memutuskan  rayuan  yang  dikemukakan  oleh  pelajar  atau  Kolej
                                   terhadap keputusan dalam satu- satu kes yang telah dibuat oleh JKTAP; dan

                            10.4.1.2  Mendengar,  mempertimbang serta memutuskan 'Rayuan Kemasukan Semula'  oleh
                                   pelajar  yang  telah  gagal  dalam  satu-satu  Peperiksaan  Akhir  dan  diberhentikan
                                   pengajian menurut peruntukan di bawah perkara 7.1.

                     10.4.2   JKRTAP Kolej cawangan hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah atau pegawai lain  yang
                            dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

                     10.4.3   Keanggotaan  Jawatankuasa  ini  adalah  dilantik  oleh  Ketua  Pegawai  Eksekutif  dan  terdiri
                            daripada;

                            - Pengarah/atau Pegawai yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif   - Pengerusi
                            - Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar/Ketua Jabatan Akademik   - Ahli
                            - Pegawai Hal Ehwal Pelajar                         - Ahli
                            - Pensyarah 3                                       - Ahli
                            - Pensyarah 4                                       - Ahli
                            - Pegawai yang Dilantik                             - Setiausaha

                            Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.









                                                      47
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53