Page 49 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 49

10.4.4   Pegawai atau kakitangan berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa:

                            10.4.4.1   Pensyarah yang mengajar kursus yang didakwa berlakunya ketidakjujuran
                                    akademik tersebut.

                            10.4.4.2   Pegawai yang membuat aduan kesalahan ketidakjujuran akademik pelajar
                                    tersebut.

                            10.4.4.3   Pegawai yang menganggotai JKTAP yang mensabitkan pelajar terbabit.

                    10.4.5   Korum untuk prosedur tatatertib terdiri dari tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

                    10.4.6   Dalam mempertimbangkan sesuatu rayuan dibuat kepadanya, JKRTAP boleh:

                            10.4.6.1   Menerima rayuan dan membatalkan hukuman; atau

                            10.4.6.2   Menolak rayuan dan mengekalkan hukuman; atau

                            10.4.6.3   Mengurangkan hukuman; atau

                            10.4.6.4   Menolak rayuan dan menambah hukuman yang dikenakan; atau

                            10.4.6.5   Menolak rayuan dan menggantikan hukuman yang dikenakan oleh JKTAP kepada
                                    satu hukuman yang difikirkan lebih wajar.

                    10.4.7   Sebarang keputusan yang dibuat oleh JKRTAP adalah muktamad.

               10.5  Prosedur Tatatertib JKRTAP

                    10.5.1   Di mana rayuan terhadap keputusan JKTAP dibolehkan,  seseorang  pelajar  boleh  mengemuka- kan
                            rayuan secara bertulis terhadap keputusan tersebut dalam tempoh tidak lebih dari lima
                            (5) hari bekerja dari tarikh keputusan rasmi JKTAP dimaklumkan kepada pelajar.

                    10.5.2   Pemanggilan perayu untuk mendengar rayuan perlulah dibuat melalui satu notis secara bertulis
                            tidak kurang dari tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendengaran rayuan.









                                                      48
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54