Page 51 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 51

10.7  Pembayaran Denda

                      10.7.1   Jika JKTAP atau JKRTAP mengenakan denda ke atas pelajar, maka tempoh masa denda itu perlu
                              dibayar hendaklah dinyatakan. Pelajar berkenaan hendaklah membayar denda tersebut terus
                              kepada Bahagian Kewangan Kampus Cawangan berkenaan.

                      10.7.2   Sekiranya  pelajar  enggan/gagal/cuai  untuk  membayar  denda  hukuman,  maka  pelajar  boleh
                              dihalang untuk mendaftar pengajiannya dalam semester berikutnya.
                10.8  Anggapan Pengemukaan Dokumen

                      10.8.1   Mana-mana dokumen yang perlu dikemukakan kepada pelajar seperti kertas pertuduhan dan
                              keputusan  perbicaraan  hendaklah  dianggap  telah  dikemukakan  kepada  pelajar  sekiranya
                              dokumen tersebut dihantar kepada alamat pelajar yang tertera dalam fail pelajar atau sistem
                              pengurusan kampus kolej.

                      10.8.2   Adalah  menjadi tanggungjawab  pelajar  untuk  mengemaskini  alamat  mereka  dari semasa  ke
                              semasa.























                                                      50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54