Page 43 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 43

8.4  Pengurniaan Aegrotat / Posthumous

                 8.4.1  Pelajar  yang  telah  melengkapkan  sekurang-kurangnya  70%  kursus-kursus  pengajian  atas  sebab
                      perubatan, hilang upaya atau kematian, dalam keadaan tertentu, boleh dipertimbangkan oleh Senat
                      untuk pemberian Anugerah Aegrotat / Posthumous.

                 8.4.2  Pengurniaan Aegrotat / Posthumous adalah tertakluk kepada syarat-syarat  berikut:

                      8.4.2.1   Pelajar  Tahun  Akhir  yang  telah  melengkapkan  sekurang-kurangnya  70%  kursus  dalam
                             struktur pengajian yang telah didaftarkan.

                      8.4.2.2   CGPA terakhir sekurang-kurangnya 2.00 bagi program diploma dan ijazah atau purata markah
                             40 bagi program profesional.

                 8.4.3  Penilaian Akhir;

                      8.4.3.1   Bagi pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk melaksanakan penilaian akhir,
                             tetapi terhalang disebabkan masalah kesihatan atau hilang upaya kekal, Senat boleh, dalam
                             keadaan  tertentu  memberi  Pengurniaan  Aegrotat  dengan  syarat  tiada  kiraan  CGPA  atau
                             markah purata diambilkira.

                      8.4.3.2   Pengarah kolej perlu membentangkan kepada Senat laporan pencapaian calon di dalam program
                             pengajian dan membuktikan tanpa keraguan yang munasabah  bahawa  calon tersebut dianggap
                             layak untuk memperolehi diploma atau ijazah.

                      8.4.3.3   Sekiranya Senat mendapati ianya wajar, calon tersebut dianggap telah lulus dan memenuhi
                             syarat pengurniaan Aegrotat.

                 8.4.4  Calon hanya boleh dikurniakan Aegrotat sekali sahaja bagi setiap tahap pengajian.

                 8.4.5  Laporan perubatan;

                      8.4.5.1   Dalam  semua  kes,  masalah  kesihatan  tersebut  perlu  dilaporkan  kepada  Bahagian  Akademik
                             seawal yang mungkin dan pengurniaan Aegrotat tersebut tidak boleh dipertimbangkan sekiranya
                             laporan  dibuat  melebihi  tempoh  48  jam  selepas  penilaian  tamat.  Bahagian  Akademik  boleh
                             mengarahkan  calon  untuk  diperiksa  oleh  doktor  panel  yang  dilantik  oleh  kolej  dan
                             membentangkan keputusan laporan kesihatan kepada Senat.

                      8.4.5.2   Bayaran fi pemeriksaan kesihatan tersebut akan dijelaskan oleh calon tersebut.







                                                      42
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48