Page 50 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 50

10.5.3   Notis pendengaran rayuan hendaklah menyatakan dan menyertakan;

                              10.5.3.1   Pertuduhan dan Perkara yang dilanggar oleh Pelajar dalam Peraturan Akademik;
                                       dan

                              10.5.3.2   Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan Akademik berlaku;

                              10.5.3.3   Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan  dilangsungkan;

                              10.5.3.4   Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
                                       dokumen pembelaan dirinya;

                              10.5.3.5   Ibu bapa pelajar boleh dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan;

                              10.5.3.6   Salinan Keputusan JKTAP, sebab keputusan dibuat dan nota perbicaraan JKTAP;
                                       dan

                              10.5.3.7   Satu kenyataan bahawa pendengaran rayuan, keputusan dan hukuman boleh
                                       dijatuhkan  ke  atas  pelajar  sekiranya  dia  gagal/enggan/cuai  untuk  hadir  ke
                                       perbicaraan berkenaan.

                       10.5.4   Pendengaran rayuan boleh dijalankan tanpa kehadiran perayu. Sekiranya JKRTAP berpuas
                              hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan, JKRTAP boleh membuat keputusan seperti yang
                              diperuntukan di bawah perkara 10.4.6 di atas.

                       10.5.5   Keputusan JKRTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada perayu  dalam  tempoh
                              tiga (3) hari bekerja setelah keputusan dibuat.

                       10.5.6   Keputusan JKRTAP adalah muktamad.
                 10.6  Keputusan dan Nota Perbicaraan

                       10.6.1   Setiap keputusan JKTAP dan JKRTAP hendaklah dinyatakan dengan terang hukuman dan
                              sebab-sebab hukuman dijatuhkan.

                       10.6.2   JKTAP dan JKRTAP hendaklah membuat nota bertulis mengenai perbicaraan tatatertib di
                              hadapannya tetapi nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.

                       10.6.3   Satu daftar nota perbicaraan ini hendaklah diwujudkan oleh Pengerusi jawatankuasa
                              berkenaan dan diletakkan di bawah jagaan:-

                              10.6.3.1   Bagi JKTAP, dibawah jagaan Timbalan Pengarah Akademik Kolej Cawangan
                                       dilantik; dan

                       10.6.3.2  Bagi JKRTAP, dibawah jagaan Pengarah Kolej Cawangan




                                                      49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54