Page 41 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 41

8.1.3 Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif

                       Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria
                       berikut:

                       8.1.3.1  Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan;  DAN

                       8.1.3.2  Berjaya memperolehi Anugerah Dekan pada setiap sesi pengajian; DAN

                       8.1.3.3  Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP.

             8.2  Anugerah Kecemerlangan Akademik Konvokesyen

                 8.2.1 Anugerah Pingat Emas

                       Anugerah Pingat Emas akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:

                       8.2.1.1  Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan;  DAN

                       8.2.1.2  Merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik terbaik dari senarai bergraduat
                             sesuatu program pada sesi konvokesyen berkenaan; DAN

                       8.2.1.3  Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP.

                 8.2.2 Anugerah Platinum

                       Anugerah Platinum akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:

                       8.2.2.1  Calon  adalah  terbuka  kepada  pelajar  yang  telah  tamat  bergraduat  dalam  tempoh  pengajian
                             minima yang ditetapkan DAN mendapat CGPA 3.75 bagi program diploma atau Kelas Pertama bagi
                             program Ijazah; DAN

                       8.2.2.2  Cemerlang dalam bidang kokurikulum.

                 8.2.3  Penerima anugerah mestilah telah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan.









                                                      40
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46