Page 47 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 47

10.3  Prosedur Tatatertib Akademik Pelajar

                      10.3.1   Setelah menerima laporan, Pengerusi JKTAP berkuasa menentukan samada terdapat cukup bukti
                            untuk mengadakan satu kes prima facie terhadap pelajar yang dituduh.

                      10.3.2   Sekiranya Pengerusi JKTAP berpendapat terdapat satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap
                            pelajar yang dituduh, maka beliau akan memulakan prosedur tatatertib terhadap pelajar yang
                            dituduh dengan:

                            10.3.2.1  Menetapkan tarikh bicara.

                            10.3.2.2  Memanggil mesyuarat JKTAP.

                            10.3.2.3  Mengeluarkan kertas pertuduhan bagi memanggil pelajar membela diri.

                      10.3.3   Kertas pertuduhan perlulah dikemukakan kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
                            dari tarikh kesalahan dilaporkan kepada pengerusi JKTAP.

                      10.3.4   Kertas pertuduhan hendaklah menyatakan;

                            10.3.4.1  Pertuduhan dan Perkara yang dilanggar oleh Pelajar dalam Peraturan Akademik;

                            10.3.4.2  Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan Akademik  berlaku;

                            10.3.4.3  Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan dilangsungkan;

                            10.3.4.4  Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
                                    dokumen pembelaan dirinya;

                            10.3.4.5     Satu kenyataan bahawa keputusan dan hukuman boleh dijatuhkan ke atas pelajar
                                    sekiranya dia enggan/gagal/cuai untuk hadir ke perbicaraan berkenaan.

                      10.3.5   JKTAP boleh membuat keputusan dan mengenakan hukuman tanpa kehadiran pelajar sekiranya
                            JKTAP  berpuas  hati  dengan  bukti-bukti  yang  dikemukakan  dan  tarikh  perbicaraan  telah
                            dimaklumkan kepada pelajar tetapi pelajar tanpa alasan yang munasabah, enggan/gagal/cuai
                            untuk menghadiri perbicaraan.

                      10.3.6   Keputusan JKTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pelajar dalam tempoh lima
                            (5)  hari  bekerja  setelah  keputusan  dibuat.  Sekiranya  JKTAP  gagal/enggan/cuai  untuk  memaklumkan
                            kepada  pelajar  keputusan  perbicaraan  dalam  tempoh  lima  (5)  hari  bekerja,  maka  sebarang
                            keputusan atau hukuman JKTAP hendaklah terbatal.






                                                      46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52