Skip to content

Menaikkan imej KPTM & UPTM, antara intipati Amanat Tahun Baru 2024

𝟭𝟬 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗥𝗮𝗯𝘂 – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) akan memberi keutamaan kepada menaikkan imej Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dalam strategi meningkatkan lagi pencapaian syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif, En. Radzuan bin Razali berkata, pendekatan dan mekanisme yang akan digunakan nanti turut disokong dengan langkah proaktif warga kerja KPTMSB.

“Selain daripada kita berbangga dengan pencapaian yang memberangsangkan pada tahun 2023, KPTMSB turut memberi penekanan kepada cabaran baru baharu bagi 2024, antaranya meningkatkan penjenamaan KPTM dan UPTM ke pasaran yang lebih besar (mass market),” katanya ketika berucap pada majlis Amanat Tahun Baru 2024 di Dewan Mawar, KPTM Ibu Pejabat, di sini hari ini.

Antara intipati amanat lain ialah cabaran baharu tahun 2024 dalam tadbir urus, tatakelola, tanggungjawab bersama staf dalam menaikkan imej UPTM & KPTM seiring dengan mandat MARA & MARA Corp. Beberapa perkongsian inisiatif dan strategi baharu juga menjadi agenda amanat serta kejayaan yang telah dicapai institusi ini tahun 2023 lalu.

Turut hadir dalam sesi amanat tahun baru ini ialah pengurusan tertinggi dan staf KPTM Ibu Pejabat yang diadakan secara bersemuka, manakala pengurusan tertinggi UPTM, pengurusan serta staf kampus cawangan secara maya menerusi pautan Google Meet.