Skip to content

Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. iktiraf pencapaian kokurikulum pelajar

13 Januari 2024, Ipoh – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) mengiktiraf sumbangan para pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dalam bidang bukan akademik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) 2023 yang berlangsung di Dewan Utama, KPTM Ipoh, di sini hari ini.

Majlis pengiktirafan ini telah diadakan sebanyak enam kali sejak dari tahun 2015,bermula dengan penganjuran oleh KPTM Ibu Pejabat, diikuti oleh KPTM Bangi,KPTM Alor Setar, KPTM Batu Pahat, KPTM Kota Bharu dan KPTM Kuantan.

Manakala, bagi tahun 2023, KPTM Ipoh telah terpilih sebagai tuan rumah dalammenjayakan majlis ini.
Majlis Anugerah Kecemerlangan HEP 2023 kali ini, mempertandingkan 14 anugerah termasuk 2 Anugerah Ikon. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Kokurikulum (Individu), Anugerah Kokurikulum (Kolej), Anugerah Inovasi (Individu), Anugerah Inovasi (Kolej), Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) (Kolej), Anugerah Keusahawanan (Individu), Anugerah Sukan (Individu), Anugerah Sukan (Kolej), Anugerah Kediaman Terbaik (Kolej), Anugerah Khas Permata Terbilang (Individu), Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Kolej) dan Anugerah Penasihat Kelab/Persatuan Kolej Terbaik.

Majlis ini turut merangkumi penganugerahan Anugerah Ikon iaitu Anugerah Ikon Sukan dan Anugerah Ikon Keusahawanan.