Page 4 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 4

MUKADIMAH

                PERATURAN AKADEMIK
                KOLEJ POLY-TECH MARA (Pindaan 2017)

                Peraturan Akademik KPTM (Pindaan 2017) ini dikeluarkan setelah semakan semula dibuat ke atas Peraturan
                Akademik KPTM (Pindaan 2015). Semakan semula bertujuan untuk memantapkan lagi peraturan akademik yang
                digunapakai selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan.

                Peraturan Akademik KPTM (Pindaan 2017) telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat KPTM Bil. 66 (05/2017) pada
                1 Ogos 2017 berdasarkan seksyen 13 (5) Perlembagaan KPTM 2003. Pemakaian peraturan ini berkuatkuasa
                mulai sesi akademik Januari 2018.

                Peraturan  Akademik  ini  terpakai  bagi  pelajar  diploma  KPTM.  Bagi  pelajar  Program  Usahasama  dan  Program
                Profesional, ia hendaklah dibaca  bersama dengan peraturan akademik program-program tersebut. Peraturan  ini
                adalah digunapakai untuk tujuan menyelaras dan mentadbir semua hal ehwal akademik dan perkara-perkara   yang
                berkaitan dengannya.













                KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
                KOLEJ POLY-TECH MARA


                KPTM berhak meminda mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan ini tanpa perlu memaklumkannya kepada pelajar
                terlebih dahulu.





                                                      03
   1   2   3   4   5   6   7   8   9