Page 39 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 39

7.2   Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir

                        Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan kertas jawapan Peperiksaan Akhir bagi setiap kertas
                        jawapan dalam masa dua minggu dari tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan.
                  7.3   Rayuan Penyemakan Gred Kursus Yang Tiada Peperiksaan Akhir

                        Pelajar boleh membuat rayuan untuk menyemak gred bagi kursus yang tidak melibatkan Peperiksaan
                        Akhir dalam masa dua minggu dari tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan. Gred selepas
                        semakan boleh kekal atau berubah.
                  7.4   Permohonan Rayuan

                        7.4.1  Rayuan  perlu  dikemukakan  kepada  Pengarah/TPA  dalam  tempoh  empat  belas  (14)  hari  bekerja
                             selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

                        7.4.2  Setiap permohonan rayuan mesti dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan
                             oleh Bahagian Akademik dan akan dikenakan yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan)
                             bagi setiap kursus yang dirayu.

                        7.4.3  Keputusan rayuan adalah  muktamad.




















                                                      38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44